Pendekatan Humanis

APAKAH PENDEKATAN HUMANISTIK??


Pendekatan ini dipelopori oleh Abraham Maslow. Menurut beliau manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai dorongan sejati untuk berkembang ke arah kesempurnaan diri. Pendekatan Abraham Maslow ini digunakan untuk melihat keperluan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

Mahmood Nazar Mohamed (2001: 276-277) menjelaskan individu harus tahu yang manusia berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi atau lebih bermakna bagi diri sendiri. Menurut Maslow seseorang individu akan berusaha atau bergerak dari hiraki bawah hingga hiraki yang tertinggi yang boleh dicapai olehnya.Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah sesuai. Setiap individu akan bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas membuat pilihan. Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing.

Selain itu, pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan meningkatkan motivasi instrinsik dan kendiri masing-masing dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar secara holistik.

Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. Proses belajar dianggap berhasil jika si pelajar memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Pelajar dalam proses belajarnya harus berusaha agar lambat laun ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatnya.


Rajah 1: Teori Carl Rogers mengenai eksperential


Tujuan utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, iaitu dengan membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka. Para ahli humanistik melihat adanya dua bahagian pada proses belajar, iaitu:
  1. Proses pemerolehan informasi baru,
  2. Personalia informasi ini pada individu.

Tokoh penting dalam teori belajar humanistik secara teoritik antara lain adalah: Arthur W. Combs, Abraham Maslow dan Carl Rogers.



a) Arthur Combs (1912-1999)
Beliau bersama dengan Donald Snygg (1904-1967) telah banyak  menjalankan kajian terhadap dunia pendidikan. Meaning (makna atau erti) adalah konsep dasar yang sering digunakan. Konsep belajar terjadi apabila ia secara tidak langsung memberi makna kepada seseorang individu. Guru tidak boleh memaksa murid untuk belajar perkara yang tidak disukai atau tidak relevan dengan kehidupan mereka. Pelajar yang tidak gemar di dalam subjek seperti Matematik atau Sejarah bukanlah kerana tidak pintar, tetapi ia adalah kerana mereka enggan dan terpaksa dan merasakan bahawa tiada alasan khusus untuk mereka mempelajarinya. Tingkahlaku seperti itu adalah kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kepuasan kepada individu yang melakukannya.

Untuk itu guru harus memahami tingkahlaku murid-murid dengan  mencuba untuk memahami dunia persepsi murid tersebut sehingga apabila ingin mengubah tingkahlakunya, guru harus berusaha mmengubah keyakinan atau pandangan mereka yang sedia ada. Perilaku internal membezakan seseorang  individu dengan yang lain. Combs berpendapat bahawa ramai guru membuat kesalahan dengan beranggapan bahawa murid mahu belajar apabila subjek matapelajarannya disusun dan diajar sebagaimana yang sepatutnya. Padahal erti tidaklah menyatu kepada masteri pelajaran itu. Sehingga yang penting ialah bagaimana membawa seseorang pelajar tersebut untuk memperoleh erti bagi peribadinya dari masteri pelajaran tersebut dan menghubungkannya dengan kehidupan sehariannya.
 
         Combs memberikan lukisan persepsi diri dan dunia seseorang seperti dua lingkaran (besar dan kecil) yang bertitik pusat pada satu. Lingkaran kecil (1) adalah gambaran dari persepsi diri dan lingkungan besar (2) adalah persepsi dunia. Makin jauh peristiwa-peristiwa itu dari persepsi diri makin berkurang pengaruhnya terhadap perilakunya. Jadi, hal-hal yang mempunyai sedikit hubungan dengan diri, makin mudah hal itu dilupakan.

b) Abraham Harold Maslow
Teori Maslow didasarkan pada dasarnya bahawa di dalam diri individu ada dua perkara:
  • Suatu usaha yang positif untuk mengembangkan  kekuatan untuk melawan atau menolak perkembangan itu.
  • Maslow mengemukakan bahawa individu berperilaku dalam upaya untuk memenuhi keperluan  yang bersifat hirarki.


Hirarki Keperluan Maslow

          Pada setiap diri masing-masing mempunyai berbagai perasaan takut seperti rasa takut untuk berusaha atau berkembang, takut untuk mengambil kesempatan, takut membahayakan apa yang sudah ia miliki dan sebagainya, tetapi di sisi lain seseorang juga memiliki dorongan untuk lebih maju ke arah keutuhan, keunikan diri, ke arah berfungsinya semua kemampuan, ke arah kepercayaan diri menghadapi dunia luar dan pada saat itu juga ia dapat menerima diri sendiri.

          Maslow membahagikan keperluan-keperluan manusia menjadi tujuh hirarki. Bila seseorang telah dapat memenuhi kebutuhan pertama, seperti  keperluan fisiologis, barulah ia dapat menginginkan keperluan yang terletak di atasnya, ialah keperluan mendapatkan rasa aman dan seterusnya. Hierarki keperluan  manusia menurut Maslow ini mempunyai implikasi yang penting yang harus didalami oleh guru pada waktu guru tersebut mengajar anak-anak muridnya. Ia mengatakan bahawa perhatian dan motivasi belajar ini mungkin berkembang sekiranya keperluan dasar pelajar tersebut belum dipenuhi.

c) Carl Rogers
Carl Rogers lahir 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago, sebagai anak keempat dari enam bersaudara. Semula Rogers mempelopori bidang agama tetapi akhirnya pindah ke bidang psikologi. Ia mempelajari psikologi klinik di Universiti Columbia dan mendapat gelaran Ph.D pada tahun 1931, sebelumnya ia telah menjadi perintis  pekerjaan di Rochester Society untuk mencegah kekerasan pada  yang dilakukkan kepada kanak-kanak.
 
         Gelaran profesor diterima di Ohio State tahun 1960. Tahun 1942, ia menulis buku pertamanya, Counseling and Psychotherapy dan secara bertahap mengembangkan konsep Client-Centerd Therapy.
Rogers membezakan dua jenis belajar, iaitu:
1. Kognitif
2. Experiential ( pengalaman atau signifikansi)

Guru menghubungan pengetahuan akademik ke dalam pengetahuan terpakai sebagai contoh, seseorang individu tersebut  memperlajari mesin dengan tujuan untuk memperbaiki kereta. Pembelajaran experiential merujuk  kepada pemenuhan keperluan dan keinginan pelajar. Kualiti pembelajaran experiential merangkumi:penglibatan pelajar secara individu, berinisiatif, evaluasi oleh perlajar itu sendiri, serta adanya kesan yang berpusatkan kepada pelajar.


          Menurut Rogers yang terpenting dalam proses pembelajaran adalah pentingnya guru memperhatikan prinsip pendidikan dan pembelajaran, iaitu:
  • Menjadi manusia bererti memiliki kekuatan yang wajar dan semangat untuk belajar. 
  • Pelajar tidak harus belajar tentang hal-hal yang tidak ada faedah serta kelebihannya. 
  • Pelajar akan mempelajari hal-hal yang bermakna bagi dirinya. 
  • Pengorganisasian bahan pelajaran bererti menghubungkan antara organisasi  bahan dan idea baru sebagai bahagian yang bermakna dan penting bagi diri individu tersebut.
  • Pembelajaran yang bermakna dalam masyarakat moden masa kini bererti belajar tentang proses. 
  • Ilmu gunaan atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Seperti belajar mengenali enjin supaya berkeupayaan untuk memperbaiki kenderaan sendiri. 
  • Rogers juga menyatakan bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan  dan secara khusus hanya akan berlaku sekiranya kandungan matapelajaran adalah sesuai dan dapat menarik minat peribadi murid untuk mempelajarinya.

Oleh itu, pembelajaran yang menarik minat mereka akan lebih mudah diterima apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum. Maka pembelajaran yang berlaku adalah atas usaha pelajar  itu sendiri adalah lebih kekal dan bermakna. Semangat inkuiri terbuka yang tinggi di dalam diri individu dapat memupuk sifat peneguhan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan

Contoh situasi mengikut pandangan Carl Rogers:


             Shariff murid tahun lima yang tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik beradiknya yang lain. Situasi ini telah menyebabkan Shariff suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya.
         Dari bukunya Freedom To Learn, ia menunjukkan sejumlah prinsip-prinsip dasar humanistik yang penting diantaranya ialah :

  • Manusia itu mempunyai kemampuan belajar secara pengalaman sendiri. 
  • Pembelajaran  yang signifikan terjadi apabila seseorang itu masteri dalam pelajaran  yang dirasakan mempunyai relevansi dengan maksud-maksud sendiri.  
  • Pembelajaran  yang menghalang  perubahan di dalam persepsi mengenai dirinya sendiri diangap mengancam dan cenderung untuk ditolaknya. 
  • Tugas-tugas belajar yang mengancam diri ialah lebih mudah dirasakan dan diasimilasikan apabila ancaman-ancaman dari luar itu semakin kecil. 
  • Apabila ancaman terhadap diri pelajar rendah, pengalaman dapat diperolehi dengan berbagai cara yang berbeza-beza dan terjadilah proses belajar. 
  • Pembelajaran yang bermakna diperoleh pelajar  dengan melakukannya perkara tersebut sendiri. 
  • Pembelajaran berjalan lancar apabila pelajar  dilibatkan dalam proses belajar dan mengikut tanggungjawab terhadap proses pembelajaran itu. 
  • Pembelajaran inisiatif sendiri yang melibatkan peribadi pelajar  yang kuat, baik perasaan mahupun intelek, merupakan cara yang dapat memberikan hasil yang mendalam dan lestari dalam diri. 
  • Kepercayaan terhadap diri sendiri, kemerdekaan, kreativiti lebih mudah dicapai terutama jika pelajar dibiasakan untuk mengawasi diri dan mengritik dirinya sendiri dan penilaian dari orang lain merupakan cara kedua yang penting. 
  • Pembelajaran yang paling berguna secara sosial di dalam dunia moden ini adalah belajar mengenai proses belajar, suatu keterbukaan yang terus menerus terhadap pengalaman dan penyatuannya ke dalam diri sendiri mengenai proses perubahan tersebut.

           Salah satu model pendidikan terbuka merangkumi konsep mengajar oleh guru yang  menunjukkan  fasilitatif  serta model yang dikembangkan Rogers  selain ,diteliti oleh Aspy dan Roebuck pada tahun 1975 mengenai kemampuan para guru untuk menciptakan kondisi yang mendukung iaitu  empati, penghargaan dan umpan balik positif. Ciri-ciri guru yang fasilitatif adalah :
  1. Memberi tindak balas  tentang perasaan pelajar
  2. Menggunakan idea-idea pelajar untuk melaksanakan interaksi yang sudah dirancang
  3. Berdialog dan bertukar penapat dengan pelajar
  4. Menghargai pelajar
  5. Kesesuaian antara perilaku dan perbuatan
  6. Menyesuaikan isi kerangka berfikir dengan  idea (penjelasan untuk memantapkan  keperluan dari pelajar)
  7. Sentiasa memberikan senyuman kepada pelajar
 
          Dari penelitian itu diketahui guru yang fasilitatif mengurangi angka keluaran  pelajar , meningkatkan angka konsep diri pelajar  meningkatkan upaya untuk meraih prestasi akademik termasuk mata pelajaran bahasa dan matematik yang kurang disukai, tahap kesukaan akan berkurang berkaitan dengan disiplin serta pelajar  menjadi lebih spontan dan menggunakan tingkat berfikir yang lebih tinggi.


Rajah 2: Ciri-Ciri Humanistik

Sumber:

  1. Psikologi Belajar: Dr. Mulyati, M.Pd
  2. Psikologi Belajar: Drs. H. Abu Ahmadi dan Drs. Widodo Supriyono
  3. Psikologi Pendidikan Sugihartono, dkk
  4. Psikologi Pendidikan: Rochman Natawidjaya dan Moein Moesa
  5. Landasan Kependidikan: Prof. Dr. Made Pidarta


    IMPLIKASI PRINSIP TEORI HUMANISTIK DI DALAM BILIK DARJAH
    • Guru perlulah cuba membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis serta selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan tersebut.
    • Guru juga perlulah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid-murid serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
    • Guru boleh merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, seterusnya meningkatkan peluang dan memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.
    • Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.
    • Tambahan lagi, guru boleh membantu dan menggalakkkan pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif.
    • Guru juga perlu berusaha dalam mengimbangkan komponen intelek dan emosi menerusi aktiviti-aktiviti yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
    • Guru mesti menunjukkan contoh yang terbaik dari segi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.
    • Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.
    • Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar selain cuba berkomunikasi menggunakan pendekatan dua hala.





    Related Posts with Thumbnails