Tokoh Humanis : Carl Ransom Rogers

Carl Ransom Rogers (1902-1987)
  • Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois. Dikenali sebagai salah seorang daripad ahli psikologi yang paling berpengaruh di Amerika.
  • Pada 1919, beliau mengikuti program agrikultur di university of Wisconsin, Madison. Pada 1924, beliau mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah di universiti yang sama dan seterusnya berkahwin dengan Hellen Elliott
  • Kemudian beliau meyertai Union Theological Seminary di New York. Dalam tempoh itu beliau sempat menggembara ke Negara asia seperti Japan, Korea dan China.
  • Banyak membuat sumbangan dalam bidang pendidikan, kaunseling, psikoterapi, keamanan dan penyelesaian konflik.
  • Pada tahun 1926, beliau meninggalkan New York dan bertugas sebagai pensyarah di Columbia University Teachers College. Pada tahun yang sama beliau dikurniakan putera lelaki, David Elliot Rogers.
  • Beliau berjaya mendapat ijazah sarjana di Columbia university teachers College pada 1927. Kemudian beliau menyertai Rochester Society for the Prevention of Cruelty to Children (RSPCC) sebagai ahli psikologi kanak-kanak. Anak kedua beliau, Natalie Rogers dilahirkan pada tahun 1928.
  • Beliau dinaikkan pangkat menjadi ahli lembaga RSPCC. Pada 1931, beliau mendapat ijazah kedoktoran daripada Columbia University Teachers College.
  • Kajian beliau tentang humanis dan psikologi berterusan sepanjang masa. Banyak buku yang Pelopor pendekatan humanis yang telah ditulis oleh beliau diterbitkan seperti ‘Measuring Personality Adjustment in Children’ dan ‘The Clinical Treatment of the Problem Child’.
  • Pada 1940, beeliau menjadi Profesor dan pensyarah sepenuh masa di Ohio State University. Beliau menekankan terapi berpusatkan klien. Pendapanya itu dinyatakan dalam buku beliau yang bertajuk ‘Counseling and Psychotherapy’.
  • Beliau berpindah ke university of Chicago pada 1945 dan memulakan pusat kaunseling. Beliau juga menyandang jawantan sebagai presiden American Psychological Association (APA).
  • Sepanjang itu, beliau menerima banyak anugerah daripada banyak pihak seperti University of Wisconsin.
  • Pada 1964, beliau berpindah ke La Jolla, California, bagi menyertai Western Behavioral Studies Institute (WBSI). Beliau bekerjasama dengan pelbagai organisasi dan aktif menulis buku tentang hasil kajian beliau.
  • Pada 1979, isteri beliau, Helen Rogers meninggal dunia. Beliau meneruskan aktiviti dan kajian beliau. Pelbagai bengkel dianjurkan di seluruh Amerika.
  • Pada 1987 beliau dianugerahkan hadiah nobel keamanan dan meninggal dunia pada 1987 di La Jolla, California. 



Analisis Pendekatan Humanis menggunakan Teknik SWOT


Strength
      Berdasarkan Carl Rogers (1969), beliau menyatakan setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar.
      Oleh itu, setiap murid mempunyai sifat inkuiri atau semangat ingin tahu yang tinggi.
      Murid bersikap lebih berdikari dalam proses pembelajaran dan pengajaran,. Terutamanya dalam mata pelajaran yang menarik bagi mereka. Mereka akan bersungguh-sungguh untuk menimba pengalaman seharian yang bernilai.
      Setiap murid mempunyai fokus atau hala tuju bersandarkan minat masing-masing. Mereka akan berusaha mendalami perkara yang mereka minat itu hingga berjaya. Mereka bebas membuat pilihan dan keputusan berpusatkan diri sendiri.
      Pembelajaran atas usaha sendiri juga bersifat lebih kekal
Weakness
      Menurut Rogers, apabila murid mendapat ancaman luar yang tinggi, mereka sukar untuk belajar. Oleh itu, embelajaran menjadi lambat dan terganggu apabila mereka rasa terancam.
      Kandungan mata pelajaran atau ilmu yang tidak relevan dengan minat, menjadi tidak beerti atau signifikan kepada murid.
      Rogers juga menekankan pembelajaran kognitif tidak berguna adalah sia-sia. Ilmu akademik seperti matematik tambahan tidak dapat membantu murid dalam kehidupan seharian mereka.
Opportunity
      Guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan membekalkan  sumber pembelajaran yang sesuai bagi menarik minat murid itu.
      Pelajar menggunakan inisiatif sendiri untuk mencari ilmu yang mereka minati. Mereka akan cuba menghayati dan memahami perkara yang mereka minati.
      Pelajar mempunyai kemahiran atau skil untuk kegunaan harian. Contohnya ilmu gunaan computer. Murid yang mahir dalam bidang computer mampu membaiki kerosakan komputernya sendiri.

Threat
      Pelajar mudah lupa pelajaran yang mereka tidak minat. Kandungan mata pelajaran yang tidak berkaitan dengan minat peribadi mereka akan dipandang ringan dan mudah dillupakan. Ini akan mempengaruhi keputusan peperiksaan mereka.
      Pelajar terdorong mengabaikan pelajaran kognitif tidak berguna. Jika mereka deberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan keputusan mereka akan mengabaikan pelajaran akademik yang susah dan rumit.
      Sebaliknya, pelajar hanya mementingkan pembelajaran eksperential. Ini juga akan mengancam guru yang mengajar.
      Pembelajaran pelajar mudah dipengaruhi emosi dan secara tidak langsung prestasi pembelajaran mereka juga tidak konsisten.







 Buku karangan Carl Rogers


Related Posts with Thumbnails