Tokoh Teori Pembelajaran Sosial : Albert Bandura


Albert Bandura (1925 hingga kini)

Sejarah dan biografi
  • Dilahirkan pada 4 Disember 1925, di Mundare, Canada. Anak bongsu dan lelaki tunggal daripada 6 orang adik beradik.
  • Ayahnya berhijrah ke Canada ketika remaja daripada Poland dan ibunya berasal daripada Ukraine. Kemudian mereka membeli dan mengusahakan rumah ladang.
  • Walaupun kedua ibu bapanya tidak mempunyai latar belakang yang hebat dalam pendidikan, tetapi mereka amat mementingkan ilmu pengetahuan. Ayah beliau sendiri yang mengajar beliau tiga jenis bahasa, iaitu Polish, Rusia dan German.
  • Walaupun hidup susah beliau pernah berjaya menjadi ahli lembaga sekolah dalam kawasan petempatan beliau.
  • Pada zaman persekolahan, beliau terpaksa menggunakan inisiatif sendiri untuk belajar kerana masalah kekurangan tenaga pengajar dan bahan rujukan.
  • Kemudian beliau meneruskan pengajian ke University of British Columbia di Vancouver. Beliau lebih berminat mengkaji bidang psikologi daripada bidang pengkhususan beliau iaitu, sains biologi.
  • Dalam masa tiga tahun (1949), beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Columbia berserta dengan anugerah Bolocan dalam psikologi.
  • Pada tahun 1982, beliau menulis sebuah artikel bertajuk ‘The Psychology of Chance Encounters and Life Paths’.
  • Meneruskan pengajian di Univesity of Iowa dibawah bimbingan Arthur Benton. Beliau mendapat Ijazah Sarjana pada 1951 dan Doktor Falsafah pada tahun berikutnya. Kemudian beliau menjalankan kerjasama dengan Wichita Guidance Center.
  • Beliau berkahwin dengan Virginia yang merupakan pengurus di Obstetrics Hospital pada 1952 dan dikurnakan 2 orang anak perempuan, Mary pada 1954 dan Carol pada 1958.
  • Beliau mula berkhidmat di Fakulti Psikologi di Universiti Standford pada 1953 dan menjadi Profesor Psikologi sepenuh masa pada tahun 2002 sehingga kini.
  • Beliau dipengaruhi oleh kajian Sears tentang behavioral sosial dan mula mengkaji tentang pengajian sosial. Beliau berkoloborasi dengan anak muridnya, Richard Walters mengemukakan proses modeling.
  • Konsep ini bercanggah dengan pendapat Freudian Hullian dan membuatkan beliau menghasilkan buku pertama beliau ‘Adolescent Aggression’ pada 1959 diikuti dengan, ‘Aggression: A Social Learning Analysis’ pada 1973.
  • Seterusnya, beliau meneruskan kajian tentang konsep modeling bersama Dorrie dan Sheila Ross. Kajian tentang patung Bobo mula mendapat perhatian dan disimpulkan dalam bukunya ‘Social Learning and Personality Development pada 1963.
  • Beliau dilantik menjadi ahli dalam Persatuan Psikologikal Amerika. Pada 1977 beliau dilantik mengetuai jabatan psikologi di Universiy Stanford dan buku kajian terperinci tentang teori pembelajaran sosial juga diterbitkan pada tahun yang sama.
  • Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai “Teori kognitif sosial” oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya; sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.
  • Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial adalah termasuk Albert Bandura, Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain.










 



Gambaran semasa eksperimen dijalankan



Antara buku yang dihasilkan oleh Albert Bandura





Related Posts with Thumbnails