Tokoh Humanis : Abraham Maslow

Abraham Harold Maslow (1908-1970)

  • Abraham Harold Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York. Anak sulung daripada tujuh orang adik beradik.
  • Ibu bapa beliau adalah golongan yahudi yang bermigrasi daripada Rusia. Oleh itu, ibu bapa beliau amat menekankan ilmu pendidikan dalam kehidupan mereka.
  • Demi ibu bapanya, beliau belajar bersungguh-sungguh. Beliau melanjutkan pelajaran ke City College of New York dalam bidang perundangan. Kemudian beliau berkahwin dengan Bertha Goodman.
  • Mereka bersama-sama berpindah ke Wisconsin dan menyambung pelajaran di University of Wisconsin. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
  • Pada masa itulah, beliau mula berminat dengan bidang psikologi. Beliau menghabiskan masa dengan Harry Harlow yang terkenal dengan eksperimen spesies monyet dan tingkah lakunya.
  • Beliau mendapat ijazah sarjana musa pada tahun1930, ijazah sarjana pada tahun 1931, dan beliau mendapat ijazah kedoktoran pada tahun1934 dalam bidang psikologi.
  • Selepas tamat belajar beliau pulang ke New York dan berkerja dengan Thorndike di Columbia. Disitu, beliau mula berminat dengan kajian hubungan sesualiti manusia.
  • Beliau mula mengajar sepenuh masa di Brooklyn College.
  • Beliau banyak berhubung dan bertukar pendapat dengan ahli psikologi yang terkenal seperti Adler, Fromm dan Horney
  • Beliau menjadi ahli lembaga bahagian psikologi di Brandeis dari tahun 1951 hingga tahun 1969. Dalam masa itu, beliau bertemu Kurt beliau Goldstein. Ketika itu jugalah beliau mula menekakan kepentingan psikologi humanis.
  • Beliau menghabiskan masa persaraannya di California dan meninggal dunia pada 8 Jun 1970 kerana serangan jantung.


Analisis SWOT berdasarkan Hirarki Keperluan oleh Abraham Maslow 

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.
Menurut Maslow, beliau menganggap bahawa motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

STRENGTH (kekuatan)
Mengikut Maslow, manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti yang tertinggi dan telah dapat merealisasikan pontesi yang ada pada diri individu tersebut.
Berdasarkan teori Hirarki Keperluan yang dipelopori oleh beliau, terdapat beberapa kekuatan yang boleh dikenalpasti iaitu pertamanya tentang keperluan individu. Keperluan individu tidak selalunya mengikut susunan hierarki keperluan yang telah disenaraikan oleh Maslow. Namun, sekiranya terdapat individu yang berjaya mencapai tahap demi tahap tingkat keperluan tersebut, ia boleh dikelaskan sebagai individu yang mempunyai tahap kesempurnaan tertinggi.
Keduanya, keperluan seseorang murid adalah berbeza kerana menjadi ia mungkin kelihatan ketara mengikut tempoh atau masa sesuatu tugas dijalankan. Walau bagaimanapun, strategi Maslow yang menghasilkan kategori keperluan di mana menentukan hierarki yang mustahak dilihat amat bermanfaat dalam meningkatkan motivasi kerja seseorang individu tersebut.
Menurut Maslow (1954), pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan manusia rasa punyai harga diri, berkebolehan, berguna dan boleh berjasa kepada masyarakat.

WEAKNESS (kelemahan)
Penganut teori-teori kognitif berpendapat bahawa individu bermotivasi apabila mereka mengalami keadaan ketidakseimbangan kognitif atau satu keinginan mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah. Contohnya, seseorang individu yang bermasalah akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya berdasarkan kemampuan yang ada padanya. Hasil penyelesaian tersebut pula, tidak semestinya menunjukkan tindak balas yang sempurna. Tetapi, keinginan menyelesaikan masalah itulah yang dilihat sebagai usaha individu itu memenuhi keperluan fisiologinya.
Oleh itu, sebagi guru, seharusnya perlu mengenalpasti keadaan muridnya yang mengalami keinginan sama ada dalam mencari maklumat atau penyelesaian. Guru juga perlu memastikan pembelajaran sentiasa berlaku semasa proses pembelajaran.
Menurut Maslow, keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.
Maslow juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya, keperluan-keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.
OPPORTUNITY (peluang)
Berdasarkan teori ini, pencapaian seseorang individu cenderung untuk berjaya atau mencapai kejayaan ke aras yang paling tinggi. Pada masa yang sama, mereka akan mengelakan kemungkinan mengalami kegagalan. Contohnya, apabila murid berjaya, mereka membina matlamat yang realistik bagi diri mereka dan kejayaan tersebut telah menguatkan keperluan untuk pencapaian selanjutnya.
Maslow (1968), melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai dorongan sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Di samping itu, Maslow (1954) turut menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap kesempurnaan kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, maka ia akan mengalami kegelisahan dan keresahan dalam hidup.

THREAT (ancaman)
Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Namun, sekiranya gagal untuk mencapai ke peringkat seterusnya, individu akan mengalami perubahan sikap ke arah yang negatif. Contoh, wujudnya rasa rendah diri dalam diri, kemurungan, putus asa dan juga sukar untuk mereka menerima kenyataan sesuatu perkara. Oleh itu guru harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar demi memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya. Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan keperluan tersebut.
Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang pelajar yang memerlukannya. Teori Hirarki Keperluan Maslow tegas memberi konsep bahawa perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan.
Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran juga pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan keperluan seseorang pelajar. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya. 


 Antara hasil karya penulisan Abraham Maslow



Related Posts with Thumbnails